Sebenarnya lama da aku cam kompius ngan poco-poco.
See? Aku tak menentangpun tarian poco-poco. Kalo tak, musti aku da ignore awal2 kannn...
Gini sebenonyer, dulu kat tempat aku tuh ade la sekali dua diorang buat tarian nih, pastuh ganti ngan senamseni. Then, poco-poco kembali balik.
Keselaluan poco-poco tuh diorang buat masa famili day atau pun pada pagi sabtu. Kekadang dalam sukaneka pun ade poco-poco, siap buat pertandingan lagik. Rentak dia pun senang jo...
Nak dijadikan cerita, sebenonyer aku memang tak suka poco-poco. Ntah naper, aku pun tatau punca. Aku try gak nak datangkan minat tuh...konon2 nak pupuk sebab tgk org lain cam best je buat... tapi takleh jugak. Eran.
Jadi oleh kerana keselaluan diorang buat poco-poco tuh, lelama da jadik cam acara wajib lak. Hampir tiap minggu, tiap event ade poco-poco. Adeh!
Aku bukan ape, da diorang nak buat poco-poco tuh diorang la menari..Apsal nak paksa aku amik bahagian pulak? Aku da tolak elok2 pun siap nak suruh2 masuk lak. What the F-2&? Apsal aku lak terbabit? Apsal nih? Apsal tuh? Apsal apsal????
Janganlah expect suma org minat yang sama, kegemaran yang sama, suka hobi sama dan minat poco-poco sama. What a sucks life.
Mungkin suma nih punca dari aku... Aku lebih minat senamseni sebab dia gabungkan suma gerak seni mempertahankan diri kat Malaysia nih dan pelbagai.
Wait, Pelbagai? Thats it. Mungkin sebab rentak poco-poco tuh terlalu senang, sama je rentak dia pastuh muzik pun sama je... Jadik itu yang buat aku cepat boring sekaligus mendatangkan perasaan tidak minat. Atau mungkin, aku memang tak minat menari.
Kesimpulan dia, nak buat poco-poco korang buatla. Jangan babitkan aku suda.
*Org yang selalunya suka tengok bola tidak semestinya pandai main bola. Org yang main bola tidak semestinya suka tgk bola. Org yg jual bola tidak semestinya ingat nama pemain Liga Perdana England.*
End Of It.




|