Hari ini, tika ini, detik ini dan di waktu ini adalah tarikh keMERDEKAan Malaysia yang ke-52.
Alhamdullillah.
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
Aku cuma melaung di dalam hati...
Kekadang aku terfikir, adakah kita benar2 faham dengan erti kemerdekaan?
Adakah kita menghayati maksud yang sesungguhnya?
Kalau faham, kemerdekaan yang bagaimana kita maksud kan?
Sekiranya diambil erti itu dari segi kebebasan negara dari tangan penjajah, bagaimanakah cara menzahirkan rasa syukur itu?
Adakah kita mengingati jasa pejuang kemerdekaan?
Kenapa masih ada sentimen perkauman dan agama?
Kenapa ada demonstrasi haram tunjuk perasaan?
Adakah kita benar2 menghayati perkataan "1 Malaysia"?
Adakah kita sudah mula bergerak ke arah itu atau masih di takuk lama?
Adakah kita benar2 memahami se-dalam2nya isi kandungan teks ikrar Rukun Negara:
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Mentaliti dan cara hidup kita, adakah sudah merdeka?
Fikir2kan. Pertahankan kemerdekaan kita.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52.




|